Ads 468x60px

Penghijrahan yang sangat besar

Assalammualaikum..

Lama tak menulis..

Harini 14.12.2013 aku berjumpa dengan seorang muaallaf seorang lelaki Cina dah 14 tahun menganut kristian.

Kisahnya;

Seorang yg berjawatan besar dalam syariat insurans;
pada 2006 crisis ekonomi & dia jatuh...

segala hutang piutang tak dapat diselesaikan..
loan rumah, kereta, pinjaman peribadi, along pun dia berhutang.

Dari 2006 sehingga awal september 2013 dia tak dapat nak selesaikan hutangnya sehinggakan hampir2x mahu menamatkan riwayatnya sendiri.

Katanya pada masa tu tak tahu macamana nak selesaikan masalahnya tu dan ditambah pulak dengan masalah sekarang yg ekonomi semakin teruk.

Tapi pada pertengahan september dia telah berjumpa dengan seorang professor yg jugak hampi2x bankrup sepertinya, mereka telah attand satu seminar utk menambah pendapatan yg mana dalam seminar tersebut menekankan tentang aspek2x kehidupan harian dan sedikit sebanyak mennyentuh tentang ketuhanan.

Jiwanya terusik, dan sifat ingin tahunya mengusai dirinya pada masa tu dia telah membaca n mendalami islam di internet jugak online forum..

Hidayah Allah telah datang dan dia terima. Alhamdulillah penghijrahannya membuatkan dia lebih tenang. 

Semakin hari semakin cinta pada Allaj SWT..

Katanya kalau sunami datang kat belakang pun sekarangni dia dah tak takut sebab dia ada Allah SWT yg satu.

Ya Allah..bergenang air mata aku..Ya Allah besarnya Nikmatmu..

Aku berfikir sendiri..jika dia bersungguh2x mengenal Islam, kenapa aku yang sememangnya Islam ni tidak mendalami agamaku.

Ya Allah Ampunkan aku.Sesungguhnya aku juga ingin berubah menjadi seorang hamba yang beriman kepadamu, menjadi isteri yang solehah kepada suamiku dan menjadi ibu yang baik kepada anak2x ku serta menjadi anak yang baik kepada ibu ku.

Kaitan cerita encik ni dengan bisness part time yang sedang saya jalankan ni lebih kurang sama ja matlamatnya..

membentuk saya menjadi seorang yang lebih positif, dan mendekatkan saya kepada sang pencipta yang Agung, Allah SWT.

Alhamdulillah syukur..








Dapatkan supplement terbaik anda dari:

FB : Norraishah Harun
017-4697875 (Call, SMS)
Sid 921392


BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! 

Perkara yg Menyebabkan Dosa Besar



Assalammualaikum..

Terbaca tadi tertentang perihal dosa2x besar, rasanya baik kongsi sama daripada simpan sorang2x kan. Boleh jugak jadikan saham akhirat nanti. Sama2x kita dapat keberkatannya.


Imam Az-Zahabi telah menggariskan sebanyak 71 dosa-dosa besar di
dalam bukunya yang berjudul "Dosa-Dosa Besar", antaranya:

1. syirik (menyekutukan Allah),
2. membunuh jiwa,
3. sihir,
4. meninggalkan solat,
5. tidak membayar zakat,
6. berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran,
7. meninggalkan haji padahal ada kemampuan
8. menderhakai ibu bapa,
9. memutuskan hubungan kekeluargaan,


Dosa-dosa besar ini akan menghalang untuk mengalirnya rezeki dengan
cantik  dan boleh menyebabkan kepapaan. Ingatlah, bagi orang Islam,
dunia ini ialah neraka baginya, dan bagi orang Kafir, dunia ini
ialah syurga baginya. Dan sekiranya anda melakukan dosa-dosa, anda
akan dibalas di dunia dan di akhirat. Di dunia sendiri pun anda
sudah boleh nampak siksanya.

Untuk lebih lanjut lagi boleh baca kat ebook ni 


http://bit.ly/bukurezeki

semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.





sid 921392
FB : Norraishah Harun
017-4697875 (Call, SMS)

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! 

DEMAM BAYI

Suhu badan bayi saya tinggi. Adakah saya perlu risau?

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:

  • berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
  • berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.

Jika bayi anda berusia enam bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati anda biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak anda. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda.



Mengapakah bayi saya sering demam?

Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:


Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). 

Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil. 

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. 

Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.




Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam: 
  • Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
  • Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
  • Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
  • Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
  • Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.


Bagaimana saya boleh tahu demam bayi saya serius?

Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. 

Hubungi pakar pediatrik anda jika:

  • bayi anda berkelakuan aneh;
  • tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
  • dia amat letih dan tidak menyusu.

Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. 

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari. 




Apa maksud kekejangan febril (sawan tarik)?

Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. 

Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, bawakan anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera. 

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Bayi anda tidak akan menelan lidahnya.

Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda. 

Sumber BabyCenter

http://www.babycenter.com.my/a1029137/demam-bayi#ixzz2j71YTxMq




Jadi kita sebagai ibu bapa boleh mengambil tindakan seperti memberikan suplement tambahan buat anak2x kita supaya daya tahan melawan penyakit (imune system) mereka bertambah.





FB : Norraishah Harun
017-4697875 (Call, SMS)
019-7788543 (WhatsApp)

BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! 


ALFALFA


Assalam semua hari ni saya nak berkongsi tentang Alfalfa Shaklee yang mempunyai pelbagai khasiat bukan sahaja untuk wanita tetapi juga untuk lelaki.


Alfalfa



Kebaikan & Kelebihan Alfalfa

Untuk Lelaki & Wanita

  *Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
*Melegakan sakit sendi dan belakang.
*Menghilangkan kelesuan dan tekanan..
*Merawat arthitis
*Bagus untuk elergi dan ekzema
*Merawat athma
*Mencuci usus bagi membuang toksik
*Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
*Meneutralkan asid dalam badan
*Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
*Melegakan sembelit
*Membuang angin dalam badan



Untuk Wanita
*Memberi kelegaan semasa haid
*Merawat masalah keputihan pada wanita 
*Membesar dan menegangkan payudara 
*Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
*Memulihkan urat selepas bersalin
*Milk booster




Alfalfa Shaklee di botolkan dalam 2 saiz iaitu : 
Saiz kecil 330biji pada RM 53.75 (RM56.25 SS)
Saiz besar 700biji pada RM 97.50 (RM102.50 SS)





FB : Norraishah Harun
017-4697875 (Call, SMS)
019-7788543 (WhatsApp)


BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! 


SHAKLEE DISTRIBUTOR YG SAH DI KAWASAN ANDA


Assalam semua & selamat tengah hari..


 Hari ini saya nak memperkenalkan distributor shaklee yg sah di kawasan berhampiran anda. Bukan apa kadangan2x emergency case kan, nak cepat so boleh la COD dari distributor di bawah susur galur saya yang terdekat dengan kawasan anda.


Jangan malu2x dan segan2x jika mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk or pesanan dari mereka semua.


Semuanya ramah tamah orgnya..
Walaupun mereka mempunyai komitmen lain, anda pasti diutamakan.
Kami semua ingin membantu anda dengan ikhlas..


Walaupun kami semua berada jauh dari kawasan anda, tetapi anda semua jangan risau ya En Posmen pasti membantu anda semua.



SHAKLEE MAMPU MERUBAH KESIHATAN ANDA KEPADA LEBIH BAIK!!!














BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! 


Norraishah Harun
Shaklee ID : 921392
FB : Norraishah Harun
017-4697875 (Call, SMS)
016-4435956 (WhatsApp)



Perkenalan dengan Si S



Alhamdulillah syukur pada Allah, diberi kesempatan menulis entry kali ni. 


       Perkenalan saya dengan si S ni agak dramatik skit...
Sebelum tu nak tau tak siapa si S saya ni? Haaa Si S saya adalah Shaklee



        Awal perkenalan dengan nya sedikit membuatkan saya tak puas hati tentang keberkesanan seperti yang diwarwarkan, dia lah yg secantik bunga, semanis madu segala bagai la, membuatkan saya pun membeli vitamin Shaklee saya yg 1st iaitu ALFALFA. 
Al maklumla utk anak tercinta yg nak di susukan dgn SUSU IBU at least 1 TAHUN TANPA campur susu formula.


Alfalfa ni sebagai milkbooster dan bertindak seperti "kacip fatimah" iaitu utk membuatkan "miss V" lebih mantap. So lepas amalkan yg saya dapat cumanya sembelit, pening kepala, then terus decided berhenti amik ALFALFA titik muktamad.

Sombongla katakan tak mahu bertanya dengan lebih lanjut pada yg lebih arif, tu la jadiknya. Alfalfa 700biji selamat tersimpan di dalam "gerobok".

Sampai la 1 hari tumit kaki saya sakit yg teramat sangat, nak pijak lantai langsung tak boleh, menangis semahunya. Masa tu tercari-cari ubat penahan sakit, tapi yg saya jumpa pemplet Shaklee. Masa ni ternampak OSTEMATRIX - membantu menghilangkan sakit tumit, ini ja yang saya baca. Apa lagi terus telefon kawan saya Hanni.




Alhamdulillah dengan hanya makan 4biji sebelum tidur, pagi esok bangun macam tak pernah sakit tumit. Mak saya tegur, "Dah tak sakit tumit ka Along?". Saya pula dalam keadaan baru bangun tidur "Ya mak tak sakit pun".

Lupa pula saya pada si Alfalfa tu, hehe sebenarnya saya sembelit sebab saya tak minum banyak air, tu ja sebabnya. Selepas dah amalkan semula minum air 3L sehari then pembuangan saya lebih baik, lancar ja. So kembalilah keyakinan saya terhadap si S saya ni. Sejak tu, Shaklee telah menambat hati saya, tak mau yang lain dah. Shaklee saja.












BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!! 


Norraishah Harun
Shaklee ID : 921392
FB : Norraishah Harunnorraishah.harun@gmail.com
017-4697875 (Call, SMS)
016-4435956





Assalamualaikum



Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya khususkan blog ini untuk perkongsian tips dan rahsia hidup yang lebih sihat, bahagia, kaya, berjaya dan cantik.